IPSB Technology receives Digital Content Grant from FINAS
July 14, 2020
The Malaysian National Film Development Corporation (FINAS) has taken the initiative to help art activists in all branches so that the Malaysian art industry continues to intensify. Funding known as the Digital Content Fund (DKD) has been channelled to the producers of fiction, documentary films and for the purpose of film promotion. IPSB’s Media Production Team and partner, Cinemalaya Studios is honoured to be among the recipients of this grant.
Held at Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS, a total of RM 7.8 million was distributed to 23 production companies aimed to help the creative industry and revitalize the economy of affected art activists, following the spread of coronavirus pandemic (Covid-19).
According to YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, CEO FINAS, “What we are doing has a vision and mission to help boost the publishing industry in Malaysia. We all know what we went through during the Covid-19 ‘pandemic. At FINAS, we open space and opportunities. However, its implementation is up to the recipients of DKD to produce works that we can take to a greater level”.
IPSB has been working with Cinemalaya for many years including the LIVE production of AirAsia’s #BeyondLowFares in 2018. We are given four (4) months to produce a short film and based on Cinemalaya’s expertise in producing original and artistry commercials, movies, creative contents, documentaries, and music videos, IPSB looks forward to the upcoming shoot of our telemovie entitled: Akil Balik
For companies who are interested and qualified, there are other grants under DKD which are open all year round. You can check it here : Dana Kandungan Digital 2020(DKD 2020)
IPSB Technology menerima Dana Kandungan Digital (DKD) agihan FINAS
14 Julai 2020
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengambil insiatif untuk membantu para penggiat seni di semua cabang agar industri seni Malaysia terus diperhebatkan. Pemberian dana yang dikenali Dana Kandungan Digital (DKD) telah disalurkan kepada para penerbit filem cereka, dokumentari dan bagi tujuan promosi filem. Pasukan Pengeluaran Media IPSB Technology dan rakan kongsi, Cinemalaya Studios merasa terhormat kerana menjadi salah satu penerima dana ini.
Upacara penyerahan Surat Tawaran DKD di Pawagam Mini P.Ramlee, FINAS dengan jumlah keseluruhan RM 7.8 juta telah diedarkan kepada 23 syarikat produksi. Dana ini bertujuan untuk membantu industri kreatif dan menghidupkan semula ekonomi aktivis seni yang terjejas, berikutan penyebaran wabak coronavirus (Covid-19).
Menurut YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS “Apa yang kami buat kali ini ada visi dan misi iaitu untuk membantu serta merancakkan industri penerbitan di Malaysia. Kita semua tahu apa yang kita lalui sepanjang pandemik Covid 19′. Di FINAS, kami membuka ruang dan peluang. Namun pelaksanaannya, terserah kepada penerima DKD untuk menghasilkan karya yang boleh kita bawa ke peringkat lebih jauh”.
IPSB telah bekerjasama dengan Cinemalaya selama bertahun-tahun termasuk pengeluaran LIVE #BeyondLowFares AirAsia pada tahun 2018. Kami diberi masa empat (4) bulan untuk menghasilkan filem pendek dan berdasarkan kepakaran Cinemalaya dalam menghasilkan iklan, filem, kandungan kreatif, dokumentari, dan video muzik asli dan seni, IPSB menantikan penggambaran filem pendek kami yang akan datang untuk TV bertajuk Akil Balik.
Bagi syarikat yang berminat dan berkelayakan, terdapat pelbagai DKD lain yang ditawarkan seperti Dana Mikro, Dana Pemasaran dan Dana PSA yang dibuka sepanjang tahun. Anda boleh mandapatkan info pada pautan ini: Dana Kandungan Digital 2020(DKD 2020)
News link: Majlis Penyerahan Surat tawaran Dana Kandungan Digital (DKD)
Video link: #LensaFINAS Sekitar Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kandungan Digital (DKD)
Cinemalaya Studios Sdn Bhd: Cinemalaya Facebook